Thursday, July 4, 2013

Tadi buat kali pertama, saya telah melibatkan diri dalam menghafal 20 nombor rawak dalam masa 5 minit. Saudara Bang Ming telah datang ke bilik saya dan kami telah berbincang tentang teknik pembelajaran yang efektif. Beliau telah menyatakan kepada saya bahawa dia akan menghafal sesuatu formula dengan menggunakan kaedah "association" di mana satu formula penting akan dikembangkan kepada formula-formula sampingan yang lain. Beliau menghafal sehingga imej atau penulisan dalam buku teks boleh digambarkan dengan jelas di dalam minda.

Melalui pembacaan saya, terdapat 3 kategori cara seseorang menghafal, salah satunya adalah secara fotografi.

Selepas berbincang, saya telah meminta beliau untuk memberi 20 nombor dan dengan menggunakan IPAD beliau, saya diberi masa 5 minit untuk menghafal nombor tersebut. Berikut adalah nombor rawak yang beliau beri kepada saya:
27913021112569812237

Dengan agak gementar (kali pertama!) saya telah berjaya menerbit kesemua nombor kecuali nombor yang saya gariskan di atas. Ini adalah 18/20 iaitu 90 %. Bermakna secara teori saya adalah dalam kategori "A". Tetapi saya juga ada tersilap dari segi turutan lapan nombor terakhir iaitu saya menyebut 81 69 37 22 manakala jawapan yang betul adalah 69 81 22 37.

Apa yang sebenarnya saya lakukan adalah mengingat imej pada 10 lokasi di dinding.

Lokasi                                                                      Imej/Huruf *       Nombor
Bucu antara dinding kiri dan hadapan                      NangKa                     27
Tengah dinding kiri                                                      PaTa (penyu)            91
Bucu antara dinding kiri dan belakang                      MiSai                        30
Tengah dinding belakang                                            NoTa                         21
Bucu antara dinding belakang dan kanan                 TaTa (bas)                11
Tengah dinding kanan                                                 NiLa                          25
Bucu antara dinding kanan dan hadapan                  JaPan                        69
Tengah dinding hadapan                                             FoTo                         81
Tengah lantai                                                                NaN                          22
Tengah siling                                                                 MaKanan                 37

*Huruf ini saya ikut dari buku Osman Affan

Kenapa saya terbalikkan 8 nombor terakhir, memori saya tidak sepenuhnya menetapkan imej pada dinding sebenar menyebabkan saya terbalikkan imej pada lokasi yang salah. Tetapi satu perkara penting di sini memori kita begitu kuat untuk mengingati imej.

Bang Ming berkata bahawa dia amat kagum dan berharap dalam masa seminggu dia mahu menguji saya sekali lagi. Saya katakan kepada dia bahawa kalau sekali imej itu telah masuk ke dalam memori jangka panjang tidak mungkin kita boleh lupa tetapi sekiranya kita cuba mengingat nombor baru menggunakan teknik yang sama besar kemungkinan imej-imej baru akan menggantikan apa yang dihafal sebelum ini. Tetapi, melalui pembacaan saya, ia berkemungkinan besar tidak berlaku sekiranya kita ingat fakta-fakta lain selain nombor menggunakan kaedah dinding memori/nombor ceria.

Dalam masa 5 minit saya tidak sempat untuk membuat cerita kreatif, tetapi sekiranya ada masa, berikut adalah cerita yang akan saya reka:

Buah NANGKA (27) yang ranum itu dimakan oleh Penyu PATA (91) yang  mempunyai MISAI (30) yang sungguh lebat. Beliau telah menulis kisah hidupnya di sebuah buku NOTA (21). Suatu hari beliau telah meemandu lori TATA (11) yang membawa banyak NILA (25) dibelakangnya. Baru-baru ini beliau telah merantau ke JEPUN (69) dan telah mengambil banyak FOTO (81) di kawasan-kawasan menarik yang dilawati. Selepas penat, beliau telah memesan roti NAN (22) dan berbagai-bagai MAKANAN (37) yang lain di sebuah kedai mamak.

0 comments:

Post a Comment