Menurut Ramon, minda kita yang sangat laju mengingati imej tidak seiring dengan bacaan menyebabkan kita hilang arah kerana minda separa sedar kita tidak berfungsi seiringan dengan bacaan yang dilakukan. Menurut beliau, secara tipikal seorang pelajar universiti/kolej mempunyai kelajuan bacaan sekitar 240 perkataan/minit iaitu 4 perkataan/saat. Sekiranya kita mengulang-ulang ayat yang dibaca kita akan cuma membaca dalam 2 perkataan/saat atau 120 perkataan/minit.
Dengan kelajuan ini minda separa sedar tidak akan berhasil untuk mewujudkan "mental video" yang diperlukan untuk menghasilkan pemahaman yang efektif dan mengambil masa yang lebih singkat. Sebagai contoh, kalau kita menonton filem, minda kita boleh mengingat sebanyak 60,000 perkataan/minit dan memahami sepenuhnya apa yang berlaku dengan imej, muzik, dan imej bergerak.
Jadi, untuk kita menghasilkan "mental video" yang efektif, kita perlu mempunyai kelajuan membaca melebihi 600 perkataan/minit. Ini memerlukan kaedah pembacaan secara rangkuman banyak perkataan. Berikut adalah sedikit eksperimen yang saya jalankan pada hari ini sebab saya memang seorang pembaca yang perlahan (~240perkataan/minit).
Perenggan yang diberikan di dalam buku beliau adalah sekitar 80 perkataan, dan hasilnya adalah seperti berikut:
Kaedah Masa (s) Perkataan/minit
- Reading out aloud 22.5 213
- Reading from heart 17.4 275
- After reading many times 14.6 329
- Break up into 4 parts 11.5 417
- Speed Read 10 480
Walaubagaimanapun, untuk mencapai dalam 700 perkataan/minit kita perlu mempraktikkan pembacaan secara "speed read" secara rutin. Saya akan terus melakukan kaedah ini dan dalam masa sebulan saya akan membuat kesimpulan tentang pengalaman dan juga perincian kaedah ini.
0 comments:
Post a Comment