Dari pengalaman saya sejak selepas hari raya tahun lepas (Ogos 2012), kaedah hafalan secara tradisional di mana kita akan membaca 10 kali, menulis 10 kali dan menyebut 10 kali adalah jauh lebih lama diperlukan berbanding dengan kaedah mnemonic yang saya sebutkan di dalam blog ini.
Saya telah cuba menghafal keenam-keenam "Bloom Taxonomy" selama hampir 2 minggu. Selepas hari-hari menghafal definisi dan katakerja saya cuma boleh keluarkan 80 % daripada hafalan itupun dengan berinteraksi dengan anak saya. Kerap saya akan tersilap. Saya masih ingat lagi selepas saya berjaya menghafal, saya telah bereksperimen dengan seorang pensyarah kerana beliau bertanya tentang beberapa katakerja untuk penyediaan kertas soalan peperiksaan dan saya dengan gugupnya menjawab sambil melakukan banyak kesilapan lantaran terdapat 12 katakerja untuk "Knowledge", 17 katakerja untuk "Comprehension", 17 untuk "Application", 20 untuk "Analysis", 25 untuk "Synthesis" dan 19 untuk "Evaluation". Ini adalah bersamaan dengan 110 katakerja yang bertindan di antara satu sama lain.
Tetapi selepas menulis blog ini untuk 2 hari saya telah berjaya menghafal 4 taxonomy pertama (66 dari 110) untuk cuma selama 2 hari sahaja.
Bayangkan berapa banyak penjimatan masa boleh dilakukan bagi menghafal 6 formula Elektromagnet yang susah!
Home
»
»Unlabelled
» Cara Tradisi vs Kaedah Mnemonic
Thursday, July 4, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment