Menurut Osman, bahasa yang digunakan oleh otak kita adalah gambar. Jadi nombor-nombor yang rawak dan panjang (juga untuk formula) boleh diingat dengan mengaitkan nombor dengan imej. Teknik ini kata beliau boleh dilakukan dengan mengaitkan angka 00, 01, 02, ..., 100 dengan imej.
Langkah pertama ialah dengan mengaitkan hujung pada dinding imej dengan nombor 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9. Dinding imej adalah lokasi dinding dan lantai dirumah seperti pada rajah di bawah:
Lokasi Imej/Huruf * Nombor
Bucu antara dinding kiri dan hadapan T 1
Tengah dinding kiri N 2
Bucu antara dinding kiri dan belakang M 3
Tengah dinding belakang R 4
Bucu antara dinding belakang dan kanan L 5
Tengah dinding kanan J 6
Bucu antara dinding kanan dan hadapan K 7
Tengah dinding hadapan F 8
Tengah lantai P 9
Tengah siling S 0
*Huruf ini saya ikut dari buku Osman Affan
Langkah seterusnya adalah untuk mengaitkan sesuatu imej disetiap lokasi di dinding dengan nombor rawak dari 00 sehingga 100. Osman menyarankan untuk menghafal/mengenalpasti 100 imej bagi nombor-nombor tersebut. Contohnya kalau kina ingin mengingati nombor 00 imej SuSu boleh digunakan dengan S pertama untuk nombor 0 dan S kedua untuk nombor 0 yang kedua. dan Berikut adalah imej yang sedikit saya ubahsuai untuk diri saya. Terpulang kepada kita untuk imej-imej ang mudah dikenalpasti:
Nombor Imej
00 SuSu
01 SaTe
02 SoNy
03 SaMi
04 SuRau
05 SaLun
06 SaJi (Tudung Saji)
07 SaKu
08 SoFa
09 SaPi
10 TaSik
11 TaTa (Bas Tata India)
12 TeNuk
13 TaMan
14 TaRing
15 TaLi
16 TaJi (Pada kaki ayam)
17 TeKo
18 ToFu
19 TaPai
20 NaSi
21 NoTa
22 NaN (Sejenis roti)
23 NeMo (Ikan kartun)
24 NiRa (Kelapa)
25 NiLa
26 NuJum
27 NiKo (Jenama permainan)
28 NaFas
29 NiPah (Kelapa)
30 MiSai
31 MoTor
32 MaNik
33 MaMa
34 MaRa (Bangunan)
35 MiLo
36 MeJa
37 MaKanan
38 MaFia
39 MoP
40 RoS
41 RoTi
42 ReNek (pokok)
43 RaMa-RaMa
44 R&R
45 ReLau
46 RaJa
47 RaKit
48 RaFia (tali)
49 RaPuh
50 LeSung
51 LaTa (air terjun)
52 LeNa
53 LiMau
54 LoRi
55 LaLa (sejenis kepah)
56 LaJu
57 LoKet
58 LiF
59 LiPan
60 JuS
61 JeTi
62 JiN
63 JaM
64 JaRi
65 JaLa
66 JaJa
67 JoKi
68 JeFf (orang putih)
69 JePun
70 KaSut
71 KaTak
72 KoN
73 KoMa
74 KaRi
75 KeLi
76 KiJang
77 KaKa (pemain bolasepak)
78 KaFa (tadika)
79 KoPi
80 FutSal
81 FoTo
82 FiNas
83 FaMa
84 FiRasat
85 FuLus (duit)
86 FuJi (gunung)
87 FiKir
88 FiFa
89 FiPper (jenama selipar)
90 PiSang
91 PisTol
92 PeN
93 PaMan
94 PaRi (Ikan)
95 PiL
96 PiJat
97 PuKal
98 Paf (karipap)
99 PaPa
100 TeSiS
Saudara Osman menyarankan untuk mengambil 2-4 minggu untuk mengingati 100 imej di atas, tetapi saya rasa kita tidak perlu ambil masa yang begitu lama kerana kekadang imej kita boleh berubah. Bagi saya, dinding imej adalah lebih penting untuk dihafal supaya kita tidak tersilap di dalam menakrifkan nombor yang diingati semula.
Langkah seterusnya adalah meletakkan imej-imej pada dinding imej semasa menghafal nombor. Bagi saya, ini adalah tidak perlu sebab saya sering terkeliru semasa membayangkan dinding tetapi tidak sekiranya kita rangkumkan teknik yang digunakan oleh ramai pakar memori dunia yang melakukan "Journey Method" atau kaedah tempat.
Kita boleh menggambarkan lokasi-lokasi di rumah atau di pejabat yang unik dan meletakkan imej yang kemudian akan ditakrifkan kepada nombor yang ingin dihafal. Untuk memudahkan ilustrasi, kita ambil 10 lokasi mengikut turutan semasa saya bangun dari tidur hingga bersedia untuk ke pejabat:
- Bilik tidur
- Bilik air
- Ruang TV
- Tangga
- Ruang makan
- Dapur
- Ruang tamu
- Pintu hadapan
- Garaj
- Pagar rumah
Ruang di Rumah Nombor Imej yang perlu dihafal
Bilik tidur 23 NeMo
Bilik air 54 LoRi
Ruang TV 67 JoKi
Tangga 75 KeLi
Ruang makan 53 LiMau
Dapur 03 SaMi
Ruang tamu 98 PaF
Pintu hadapan 74 KaRi
Garaj 95 PiL
Pagar rumah 66 JaJa
Sebenarnya untuk memudahkan untuk mengingat imej di atas kita boleh kuatkan dengan cerita kreatif. Contohnya:
Semasa tidur saya bermimpi ikan NeMo berlegar-legar di kamar tidur. Lalu saya bangun ke bilik air dan ternampak di atas lantai LoRi model yang dibeli semasa mengisi minyak di stesen Shell. Selepas mandi, saya ternampak gambar DJ Halal, JoKi kegemaran anak saya di ruang TV. Semasa turun di tangga saya terbayang-bayang ikan KeLi masak pedas yang di masak oleh isteri. Sesampainya saya di meja makan, isteri saya menyuruh saya memakan jus LiMau untuk mengurangkan berat badan. Di dapur saya seakan-akan terdengar suara SaMi Buddha yang datang ke rumah jiran di sebelah. Di ruang tamu isteri dengan tergesa-gesa menghulur kariPaF yang baru dipanaskan. Disebabkan terlambat untuk ke pejabat, saya terbau-bau KaRi kepala ikan yang isteri sedang sediakan untuk tengahari nanti. Di garaj saya memanggil isteri untuk memberi PiL gout yang terlupa untuk diambil. Dipagar saya ternampak penJaJa kuih yang melaungkan jenis kuih yang dijual.


0 comments:
Post a Comment