Monday, July 1, 2013

Di dalam blog sebelum ini, saya telah memperkenalkan kaedah Dinding Memori/Nombor Ceria/Kaedah Perjalanan/Cerita Kreatif. Untuk memahirkan kaedah tersebut 2-4 minggu diperlukan. Sekali kita mahir, untuk menghafal 20 nombor rawak, saya cuma perlukan 5 minit untuk menghafal dengan melakukan cerita kreatif. Saya juga pernah membandingkan teknik ini dengan hafalan secara tradisi di mana saya akan membaca 10 kali, dan kemudian mengeluarkan semula dengan menyebut kembali tanpa bantuan dari teks. Pengalaman saya yang sudah berumur 41 tahun ini, saya cuma boleh memgeluarkan 5 dari 20 nombor tersebut.

Pada teknik kali ini, kekadang kita perlu menghafal katakerja atau "verb" untuk sesuatu definisi. Contohnya sebagai seorang pensyarah semasa membuat soalan peperiksaan kita perlu membuat rujukan kepada satu hirarki ilmu yang dipanggil "Bloom Taxonomy" di mana terdapat 6 tingkat ilmu dari "Low Order Thinking (LOT)" kepada "Higher Order Thinking (HOT)" yang boleh dirujuk dari buku berikut:



  1. Knowledge
  2. Comprehension
  3. Application
  4. Analysis
  5. Synthesis*
  6. Evaluation
 *Di dalam kertas kerja terbaru, Synthesis adalah pada kedudukan ke-6 tetapi tidak mengapa asalkan kita faham bahawa Evaluation dan Synthesis adalah kategori HOT.

Di muka surat 8, diberi definisi Knowledge dan Comprehension, seperti berikut:

"Knowledge refers to remembering and retrieving the previously learned materials. Examples of verbs that relate to this function are know, identify, relate, list, define, recall, memorize, repeat, record, record, name, recognize, acquire."

"Comprehension is the ability to grasp or construct the meaning from material. Example of verbs that relate to the function are restate, locate, report, recognize, explain, express, identify, discuss, describe, review, infer, conclude, illustrate, interpret, draw, represent, differentiate."

Kalau kita amati, terdapat 12 katakerja untuk Knowledge dan 17 katakerja untuk Comprehension. Teknik yang saya akan perkenalkan adalah teknik Audionim iaitu sebutan yang seakan-akan menyerupai perkataan atau kata kerja yang perlu dihafal. Contohnya, "Auntie Five" adalah hampir sama bunyinya dengan katakerja "identify", dan "No Entry" boleh menghasilkan bunyi untuk katakerja "know".

Sebelum kita cipta cerita kreatif yang digabungkan dengan kaedah Audionim, kita perlu juga Kaedah Perjalanan ("Journey Method") untuk 12 dan 17 lokasi bagi mengingati katakerja bagi Knowledge dan Comprehension.

Untuk 12 lokasi, saya akan gunakan 12 lampu isyarat yang saya akan tempuhi dari perjalanan dari Simpang Ampat (rumah saya) ke USM (Nibong Tebal). Kita boleh  bahagikan kepada apa-apa perjalanan atau lokasi dirumah yang kita boleh ingat secara aturan. Contohnya:
  1. Lampu isyarat PERDA
  2. Lampu isyarat SILITECH
  3. Lampu isyarat Valdor
  4. Lampu isyarat Sg Bakap/Badminton Court
  5. Lampu isyarat Pasar Sg Bakap
  6. Lampu isyarat Barakbah
  7. Lampu isyarat EconSave Jawi
  8. Lampu isyarat Tol Jawi
  9. Lampu isyarat Bukit Panchor
  10. Lampu isyarat Sg Kerian
  11. Lampu isyarat MRSM
  12. Lampu isyarat USM
Lokasi                                  Audionim/(Association)              Katakerja
PERDA                                 "No entry sign"                              know
SILITECH                             "Auntie five"                                  identify
Valdor                                    "Relay"                                         relate
Sg Bakap/Badminton              "Badminton list of PPKEE"           list
Pasar                                      "Fine sign"                                    define
Barakbah                                ("grave site, recall fate")                recall
EconSave                               "memo from wife to buy rice"        memorize
Tol Jawi                                  "incident of Mar Rempit accident" repeat
Bukit Panchor                         "old house son umbilical cord"       record
Sg Kerian                               "name of Che Gu Bard on the        name
                                                board during election"  
MRSM                                   "a place to reckon with that          recognize
                                                is nice for my son"
USM                                       "remember to send son to koir"   acquire

Jadi cerita kreatif (Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia) yang boleh dihasilkan adalah seperti berikut:
On the way to work, at PERDA I saw the "No" Entry Sign. As I approached SILITECH I saw "Auntie Five" waved at me as they are also from Tmn Idaman. Suddenly, it rained heavily and unfortunately my wiper is not not working as the "Relay" underneath the dashboard is broken.
As I got near to Sg Bakap, I was very sad thinking about my name not in the "list" for this year badminton squad. As I passed by Pasar, the sign do not litter emerged with the "fine=RM500" as the punishment. Looking at all the graveyard on the left side of the road, I kept on "recall"ing on my fate one day in the grave. As I reached EconSave, I remember my wife's "memo" to buy a bag of "rice".  Then, at the Tol Jawi an image clearly depicted to my brain of a Mat "Rempit" getting hit by a tanker (lorry) recently. At Bukit Panchor, I still remember in 2003 I buried my son's umbilical "cord" in Taman Bukit Panchor. As I passed the bridge, I saw a sign with Che Gu Bard's "name" during the recent election. At MRSM, I kept on thinking that it is a school to be "reckoned" with and "nice". Finally, as I turned my left signal at USM, I remember that I have to send my son to a "Koir" practise this evening. 

Sekiranya saya sudah ingat 12 lokasi lampu isyarat, saya cuma perlu 15-20 minit sahaja untuk menghafal dan mereka cerita kreatif di atas.

Untuk contoh ke-2, saya akan menambah 10 lokasi di dalam rumah saya (di dalam topik sebelum ini) menjadi 17 untuk menghafal 17 katakerja bagi Comprehension:

  1. bilik belakang atas
  2. bilik air kecil atas
  3. bilik tidur Akif
  4. beranda kecil 
  5. ruang TV  
  6. bilik tidur utama
  7. bilik air utama
  8. beranda besar
  9. taman 
  10. bilik belakang bawah
  11. bilik air bawah                                 
  12. dapur
  13. ruang makan
  14. ruang tamu
  15. pintu utama
  16. garaj
  17. pagar

Lokasi                                  Audionim/(Association)              Katakerja
bilik belakang atas                           "real estate"                          restate
bilik air kecil atas                             "loket"                                  locate
bilik tidur Akif                                  "reput"                                 report
beranda kecil                                   "coat nice"                           recognize
ruang TV                                         "plane"                                explain
bilik tidur utama                               "bus express"                       express
bilik air utama                                  "idle bird fly"                        identify
beranda besar                                 "disk keras"                          discuss
taman                                              "plant ripe"                           describe
bilik belakang bawah                       "review constellation book"   review          
bilik air bawah                                "ini apa?"                               infer
dapur                                             "cone with clue"                    conclude
ruang makan                                   "ill and straight"                     illustrate
ruang tamu                                      "interpret from internet"         interpret
pintu utama                                     "draw the 505 image"            draw
garaj                                               "put present on the floor"       represent
pagar                                              "appreciate the sender"          differentiate 

Seperti biasa, untuk memperkuatkan hafalan kita boleh reka cerita kreatif. Contohnya adalah seperti berikut:
 
Semasa berehat di bilik belakang atas, teringat rumah baru yang perlu dibeli melalui ejen "real estate". Selepas itu dipanggil isteri ke bilik air sebab "loket"nya terjatuh di sinki. Bilik Akif bila malam terlalu sejuk hingga "reput" tulang dan sendi. Di beranda kecil atas, ternampak akan "coat" yang "nice" tersidai di beranda jiran. Di ruang TV, di berita tertera gambar "plane" yang terhempas semasa peristiwa 11 Sept. Di lantai bilik tidur utama terdampar sebuah tiket bas "ekspress" yang dibeli tempohari. Di bilik air utama, ternampak kumpulan "idle bird fly" di ruang angkasa. Dan di beranda utama, terdapat "disk keras" yang hilang tempohari. Lalu saya bergerak ke taman, di sana terdapat beberapa pokok tomato dengan buahnya yang sudah "ripe". Lepas itu saya ke bilik belakang bawah, di situ anak saya sedang "review" buku tentang constellation untuk pertandingan Sains yang bakal diadakan di Jawi. Tiba-tiba terasa hendak ke bilik air bawah, di situ dengan tidak semena-mena saya terjatuh lalu bertanya kepada isteri sambil menunjukkan kesan minyak di lantai "ini apa???".  Lalu ke dapur ternampak sebuah "kon" bola yang ada bertulis "clue". Di meja makan, saya terfikir apakah "ill" yang dihadapi dan bagaimana untuk nak "straight" badan yang sedikit bongkok kesan terjatuh tadi. Di ruang tamu, saya terus melayari internet sambil menggoogle untuk "interpret" kesan sampingan yang mungkin wujud di kaki yang gout itu. Di pintu rumah, ada lukisan yang di "draw" oleh anak sempena 505 Blackout di Stadium Batu Kawan tempohari. Di garaj ada jiran tinggalkan "present" untuk kami seisi keluarga. Sambil membuka pagar saya terasa "appreciate" dan merasa untuk membalas budi jiran tetapi tidak tahu siapa pengirimnya.
  
Untuk Bloom Taxonomy ke-3, Application, definisi dan katakerja adalah seperti berikut:

" Application is the ability to use learned material and implement material in new and concrete situations. The verbs involve are apply, relate, develop, translate, use, operate, organize, employ, restructure, interpret, demonstrate, illustrate, practise, calculate, show, organize, dramatize"

Untuk 17 kata kerja di atas, saya akan terbalikkan lokasi yang saya guna untuk Comprehension untuk Application. Terpulang kepada kita samada ingin menggunakan lokasi baru atau dalam kes ini saya cuma guna pakai apa yang saya telah tahu sebelum ini seperti berikut:

  1. pagar 
  2. garaj
  3. pintu utama
  4. ruang tamu
  5. ruang makan
  6. dapur
  7. bilik air bawah
  8. bilik belakang bawah
  9. taman
  10. beranda besar
  11. bilik air utama
  12. bilik tidur utama
  13. ruang TV
  14. beranda kecil
  15. bilik tidur Akif
  16. bilik air kecil atas
  17. bilik belakang atas

Lokasi                                  Audionim/(Association)              Katakerja
pagar                                              "mempelai dua sejoli"            apply 
garaj                                               "broken car relay"                 relate
pintu utama                                     "the envelope"                       develop
ruang tamu                                      "translate Jawa"                    translate                                             
ruang makan                                   "jus"                                      use
dapur                                             "operate mata"                      operate
bilik air bawah                                "bersukan terlalu ganas"        organize
bilik belakang bawah                       "employment di Arab"          employ
taman                                              "tomato plant's structure"      restructure
beranda besar                                 "Jin Afrit"                              interpret
bilik air utama                                  "demo gi straight"                 demonstrate
bilik tidur utama                               "gambarkan"                        illustrate
ruang TV                                         "practise piano"                    practise
beranda kecil                                   "kulit pisang"                       calculate
bilik tidur Akif                                  "halau ayam shoo"               show
bilik air kecil atas                             "exhilirated and happy a bit" exhibit
bilik belakang atas                            "tengok drama"                   dramatize

Seperti biasa, cerita kreatifnya adalah seperti berikut:
 
Semasa balik dari pejabat di pagar saya ternampak dua "mempelai" sejoli sedang berbual di beranda rumahnya. Di garaj, teringat saya tentang "relay" kereta yang masih belum diperbaiki.  Sesampai di pintu rumah, terdapat satu "envelop" yang diletakkan di situ. Lalu saya ke ruang tamu untuk membacanya tetapi gagal difahami sebab dalam tulisan Jawa. Jadi saya pun memanggil isteri untuk "translate" dari Jawa ke Melayu. Di ruang makan, isteri memberi segelas "jus" untuk membasahkan anak tekak yang begitu kering. Di dapur, saya bertanya kepaa isteri bila dia ingin "operate" mata kirinya  yang sakit itu. Bila ke bilik air bawah, saya dapati track suit saya koyak sebab bermain basketball terlalu "ganas" sebentar tadi. Di bilik belakang, saya teringat borang untuk "employment" di Arab yang masih belum dihantar. Di luar taman, ternampak beberapa pokok tomato sudah menampak "structure" yang tegap dan subur. Di beranda atas, saya membaca Ayatul Kursi untuk menghalau "Jin Afrit" yang cuba mengganggu rumah kami. Di bilik air utama, kedengaran seorang berbangsa Kelantan berkata " Demo gi straight" kepada rakannya. Juga, sayup-sayup kedengaran beliau meng"gambar"kan cerita beliau kepada rakannya. Di ruang TV, begitu merdu mainan piano yang di"prakktik"kan oleh anak Mr Tan. Juga di beranda kecil, terdapat beberapa "kulit" pisang yang dibuang oleh Haziq. Di bilik Akif, kedengaran bunyi beberapa ekor ayam di luar lalu saya menghalau "shoooo". Di bilik air belakang atas, Haziq mandi sambil menyanyi "exhilirated a bit" sebab memang pertandingan Lalulintas peringkat Pulau Pinang. Di bilik belakang, Akif tengah sibuk melihat "drama" Korea di komputer.









0 comments:

Post a Comment