http://rmicmemo.blogspot.com/2013/06/teknik-nombor-ceria.html
Lokasi Imej/Huruf * Nombor
Bucu antara dinding kiri dan hadapan T 1
Tengah dinding kiri N 2
Bucu antara dinding kiri dan belakang M 3
Tengah dinding belakang R 4
Bucu antara dinding belakang dan kanan L 5
Tengah dinding kanan J 6
Bucu antara dinding kanan dan hadapan K 7
Tengah dinding hadapan F 8
Tengah lantai P 9
Tengah siling S 0
*Huruf ini saya ikut dari buku Osman Affan
Tetapi, saya tidak jelaskan kenapa huruf tersebut dipilih. Secara peribadi semasa menggunakan huruf yang diberi oleh saudara Osman Affan, saya sering tidak dapat menjelaskan dengan pantas huruf-huruf yang digunakan. Kemungkinan juga saya tidak menagkap sepenuhnya idea yang beliau sampaikan di dalam buku.
Walaubagaimanapun, setelah membaca permulaan Bab 2 dari buku Ramon Campayo baru jelas di mana kita perlu kaitkan huruf dengan nombor berdasarkan bentuk imej huruf tersebut. Berikut adalah penjelasan dan juga sedikit perubahan bagi menyesuaikan dengan kefahaman saya:
Nombor Imej/Huruf * Penjelasan
1 t,d bila tegak ia seperti nombor 1
2 n n ada dua kaki
3 m m ada 3 kaki
4 q, c, k q dalam Bahasa Inggeris adalah 1/4, c dan k berbunyi sama
5 l dalam bahasa Greek L = 50, l juga adalah huruf pertama nombor
6 s,z six dalam Bahasa Inggeris, z mempunyai bunyi sama
7 f kalau diterbalikkan pada paksi y akan bernombor 7
8 g, j g berbentuk nombor 8, j mempunyai bunyi sama
9 p, b, v, w p kalau diterbalikkan pada paksi y membentuk nombor 9, manakala b, v, w akan memberikan bunyi yang seakan-akan sama
0 r salah satu huruf bagi zero
Jadi, di sini kita telah menggunakan 18 consonants, manakala "h", "y" dan "x" boleh ditakrifkan sebagai vowels dalam sistem imej ini (di samping "a", "e", "i", "o", "u"). Jadi, kesemua 26 huruf telah digunakan dalam sistem ini.
Mari kita lihat contoh, semasa di dalam mesyuarat semalam saya telah membuat 20 senarai imej yang boleh dikaitkan dengan nombor 1-20 seperti di bawah:
Nombor Imej/Huruf * Penjelasan
1 Teh
2 Nuh kapal Nabi Nuh a.s.
3 Huma Sejenis padi bukit
4 Kaya
5 Ole-ole buah tangan
6 Hos bomba
7 uFo makhluk asing
8 Gah berlagak
9 Pi pergi (Bahasa Pulau Pinang)
10 TiRu
11 TiTah
12 TaNah
13 TiMah Bijih Timah (logam)
14 ToK Datuk
15 ToL
16 ToSe
17 ToFu
18 ToGe
19 ToPi
20 NuRi sejenis burung
Sebenarnya sistem ini telah saya perkenalkan dalam penulisan yang lepas http://rmicmemo.blogspot.com/2013/07/peg-system-cerita-kreatif.html
tetapi di situ saya menggunakan teknik PEG disertakan dengan kaedah AUDIONIM. Mungkin sesetengah orang untuk menghasilkan "sideburn teen" bersamaan dengan "seventeen" adalah mungkin terlalu sukar.
Oleh itu, saya akan menggunakan 20 imej di atas untuk menghafal Bloom Taxonomy terakhir iaitu Evaluation:
"The ability to judge, check, and even critique the value of material for a given purpose. The 19 verbs are judge, assess, compare, evaluate, conclude, measure, deduce, argue, decide, choose, rate, select, estimate, validate, consider, appraise, value, criticize, and infer."
Apa yang perlu kita buat ialah kaitkan imej di atas dengan 19 katakerja untuk Evaluation. Lagi tidak logik lagi baik sebab imej-imej sedemikian mudah diingat oleh otak kita.
- Judge Augustine Paul sedang minum teh tarik di Pelita Auto City dengan DSAI.
- Untuk mengenalpasti tinggalan kapal Nabi Nuh, kita perlu access Pergunungan di Turki.
- Kalau kita bandingkan di antara padi huma dan padi sawah, padi huma perlukan air yang minimum.
- Value duit kita yang saban hari susut nilai tidak memungkinkan untuk kita jadi lebih kaya.
- Ole-ole dari Jakarta itu mempunyai nilai artistik yang sangat tinggi sebab ia disimpulkan dengan halus dan teliti.
- Hos itu diukur sebesar kepala ular sawa atau anaconda.
- How can you deduce the UFO come from outer space and not from our inner self?
- Budak pandai itu sangat berlagak/gah sebab dia suka membuat bising di dalam kelas dan sentiasa suka argue/bertikam lidah dengan pensyarah.
- Hang jangan cuba pi tempat yang dasyat itu sebab banyak kes bunuh di situ.
- Jangan cuba pilih untuk tiru gaya breakdance kerana kemungkinan boleh mengakibatkan kita terlantar di Hospital Seberang Jaya.
- Sultan titah dalam Bahasa Perak, baginda kate kalau nak ratekan jalan perlukan banyak kome-kome sekelian.
- Tom Select mempunyai sebidang tanah di Jalan Sempadan, Parit Buntar.
- Timah yang banyak belum tentu boleh beli Toyota Estima.
- Tok Wan beli dates di Syarikat Abdul Ghappar.
- Tol di Malaysia sangat mahal sehingga saya cuma consider balik sekali setahun sahaja ke kampung.
- Al-Faris adalah seorang pemain boling handalan yang suka makan tose hari-hari.
- Tofu mempunyai nilai nutrisi yang sangat tinggi.
- Kitty bersize besar itu cuba memakan toge di tong sampah kerana menyangka ianya adalah tulang ikan.
- Topi sukan ini apa?
Apa yang penting adalah untuk kita mengingat 20 imej itu dan kaitkan dengan 19 katakerja di atas. Contohnya untuk turutan pertama, kita perlu ingat bahawa nombor satu perlu dihafal sebagai imej Teh Boh / Lipton yang dibeli di Cameron Highland.
0 comments:
Post a Comment